Assalamualaikum....

Tahniah kerana berjaya jugak korang menjejaki kat blog aku yg x seberapa nie.. Aku Buat blog nie khas untuk sesape yg rase bosan dan tension, so korang bleh la belek2 citer2 lawak yang aku post kat blog nie.. Citer kat dalam nie bkan aku yg karang atau buat, kebnyakkanya aku jumpa kat forum2 dan website2.. Just nak share ngan korang je.....

P/S: Bahan-bahan yang terkandung dalam blog nie adalah semata-mata hanya untuk hiburan sahaja.. tidak berniat untuk menyingung mana-mana pihak...


Showing posts with label Citer Lawak. Show all posts
Showing posts with label Citer Lawak. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Tambah cawangan


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.


Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah


Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.


Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”


Suami : Berkenaan apa tu?


Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”


Suami : Contohnya?



Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?



Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural



Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang



Suami : Macam mana pula boleh sama?



Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan?



Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…

Thursday, September 2, 2010

Boss hampeh (balik awal)

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah.

Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : Salam Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut Boss?

Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: Salam Boss!

Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!! Yer boss, boss baik!! he…heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu fardzu kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja..

Pekerja 4: Salam Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Tima Acih Boss!!! Heee..hee

Monday, April 12, 2010

3 Bangsa Dengan Jin

uatu petang, tiga orang lelaki berjalan-jalan ditepi pantai. Tiba-tiba mereka terjumpa satu teko antik dan mereka mengosoknya.Tiba-tiba keluarlah jin dan akan mengabulkan 3 permintaan. Oleh kerana mereka bertiga, maka jin hanya akan mengabulkan satu sahaja permintaan setiap seorang.

Orang Iran berkata : "Saya adalah seorang petani biasa, begitu juga ayah dan anak saya. Oleh sebab itu, saya ingin minta supaya tanaman kami sentisa subur selamanya."
Dalam sekejap mata, jin tersebut menunaikan permintaan orang pertam tersebut.

Orang Israel : "Saya ingin kamu membina satu tembok yang sangat tinggi, tebal dan panjang di sekeliling Israel sehingga tidak ada sesuatu dan seseorangpun lebih-lebih lagi orang Palestin menembusinya."
Dan dalam sekejap mata pula terbinalah tembok seperti yang diinginkannya.

Maka yang terakhir adalah orang Palestin : "Saya ingin tahu, tembok yang macammana kamu bina untuk orang israel itu?"

Jin :"Oh, itu tembok yang sangat tinggi, tebal dan panjang mengelilingi Israel. Tingginya 100 meter dan tebalnya 50 meter. Saya jamin, takkan ada sesuatupun dapat menumbusinya."


Orang Palestin : "oooooo"


Jin : "Jadi sekarang, apakah permintaanmu?"
Dengan selamba Orang Palestine tersebut membuat permintaan :"Tolong isi air penuh kedalam tembok orang israel"

Otak Korang Kuning Atau Tidak...

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..


Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulang-ulang kali tanpa henti. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk
membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


** Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal..Jangan pikir 18SX jer?

Jeles dan Kantoi

alkisah tersebutla kisah seorang budak bernama imran jeles kerana ibunya telah melahirkan adik baru.pada satu hari imran telah mendapat idea untuk meracun adiknya.imran mengambil racun tikus yang ada didalam stor rumahnya dan menyapu racun tersebut pada pu***g payu dara emaknya ketika emaknya tidur keletihan.dengan harapan adiknya akan keracunan dan apabila adiknya sudah tiada maka seluruh perhatian akan kembali kepadanya.
petang esoknya belum sempat adik imran meminum susu ibunya,keracunan itu telah diketahui oleh keluarganya kerana pemandu ayahnya ditemui meninggal dengan mulut berbuih-buih dan keluar darah kerana keracunan tikus.

kenapa pemandu ayahnya yang mati ye??

Saturday, April 10, 2010

Selamat Hari Jadi

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. “Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang” Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.

Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku “Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun” Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.

Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

Aku berkata “Wow!”, itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi. Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ? “Tidak perlu, saya pikir tidak perlu” jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi
sedikit..”

“Tentu saja boleh”, sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Aku hanya duduk terpaku di sana, Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang....

Surat Cinta Seorang Rockers

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Xcident

semasa pak abu on the way ke kedai dia ternampak mael menunggang motor dengan laju lalu eksiden dan jatuh tergolek.pak abu pun menolong dengan mengangkat badan mael yang masih bernyawa ikan.sedang dia mengangkat badan mael,pak abu terkejut kerana mendapati kepala mael berpusing 180 darjah iaitu kepala berpusing kebelakang.
pak abu terus memulas semula kepala mael kedepan dengan sekuatnya.ketika itu pak abu melihat mael sudah tidak bernafas lagi.rupa rupanya kepala mael tidak tepusing ketika dia eksiden tadi.mael telah memakai jaket terbalik, yang belakang kedepan sebagai mana kebanyakan penunggang motosikal pakai.berdasarkan jaket itulah pak abu sangka kepala mael terpusing dan dia menyentap semula kedepan,padahal dia menyantap kebelakang....

Tips Ketika Berasa Bosan Didalam Lif

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif,selepas mencuba pihak penaja tidak tanggung kerugian n kerosakan

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

Kenangan..(mesti bacer..kuikui..)

*budak2 yg lahir pd thn 80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual bukucerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.

-salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- main game 2D.
super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb boletuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.

-Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent.
huhu~

ni la baru zaman kita kawan2

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...*

Hantu



Ibu Skodeng Anak Sendiri

ni cerita pasal 3 orang adik beradik perempuan yang baru kahwin, diorang ni kahwin serentakla. Dipendekkan cerita malam pertama diorang ni tidor kat rumah mak diorang(mak 3 perempuan nila). Malam tu diorang tidola dengan suami diorang kat bilik masing2la(rumah banglo banyak bilik). Malam tu mase diorang dah masuk bilik masing2, yang si mak 3 perempuan ni ngada2la nak usha bilik setiap anak perempuannye, die pegi bilik anak sulungnye die pon lekapkan telinga(kire curi dengar jer) kat pintu(tak masukla), si mak terdengar anak perempuannye yang sulung bukan main lagi die punye mengerang macam orang nak beranak,
lepas tu die pegi kat bilik anak yang ke-2, die curi dengar gak,die dengar anak ke-2 lagi dahsyat die punye jerit, begegar bilik dibuatnye, lepas tu pegi ke bilik anak yang bongsu untuk curi dengar gak, tapi die hairan sebab takder bunyi pulak senyap jer, dalam hati die (takkan dah tidor kot).
besok paginye mak ni pon bertanya kat anak bongsu ni (berbisikla) "pssst semalam mak curi dengar kat bilik ko apsal xder bunyi, akak2 ko sume ader bunyi ko ajer yang takder"
si anak ni pon berbisik kat mak die "pssst mak macam mane nak ader bunyi mikrofonnye masuk kat dalam mulut saye"

Surat Letak Jawatan

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG. 19 DEC 2005

TUAN,


PER : SURAT BERHENTI KERJA


Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12. Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH
14. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG...............

SEKIAN TERIMA KASIH....""

Ingat lah Orang Yang tersayang

Abang ni pakai tu elok-elok la sikit,”kata Balqis lembut sambil membetulkan pakaian Nik Sukri. Nik Sukri tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,”Nik Sukri mencubit pipi Balqis lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni,”Balqis hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Nik Sukri berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan dari KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Balqis “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Nik Sukri berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Nik Sukri menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Nik Sukri semakin seronok. Nik Sukri dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Nik Sukri cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Nik Sukri masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

Friday, April 9, 2010

Ayam Gay

kat sebuah reban ayam ni ade seekor ayam jantan yang dah tua tapi masih bertenaga lagila, lepas tu ade 10 ekor ayam betine, sume ayam dara, nak dipendekkan cerita penternak ayam ni telah membawa seekor ayam jantan yang mude masuk kat reban ni. ayam jantan yang mude telah bertemu dengan ayam jantan yang tue ni diorang pun berbual (dalam bahasa ayamla)
ayam jantan mude : banyak betul ayam betina yang muda2 kat sini, larat ke pak cik
nak layan sumenye.

ayam jantan tue : bolehla, pak cik walaupun dah tue larat lagila

ayam jantan mude : patut pak cik bersara jela dah tue , patut disembelih jer.

ayam jantan tue :(agak terkilan) kalo macam tu aper kate kalo kiter bertanding lumbe lari, kalo kamu menang kamu ambikla sume ayam betine ni, tapi kalo pak cik menang pakcikla yang ambik sume ayam betine ni, kite berlumbe sejauh 100m.

ayam jan tan mude : (berfikir sejenak) okla saye setuju

ayam jantan tue : tapi mase pertandingan tu kamu kasila saya pergi dulu sejauh 10m
lepas tu barula kamu lari mengekori saya, saya nikan dah tue.

ayam jan tan mude : (berfikir sejenak) okla saye setuju

mase pertandingan 2 ekor ayam ni pun bertanding lumbe lari sejauh 100m
mase tu dah pertandingan dah mule ayam jantan tue tu larila dulu, sampai jer 10m, ayam jantan mude ni pun lari mengekori ayam jantan tue ni, lajula die lari sebab mude lagi, bile dah hampir dengan ayam jantan tue tu, tibe2 jer ayam mude tu kene tembak, rupe2nye sipenternak yang tembak ayam jantan mude tu dengan senapang sambil merungut.


sipenternak:(dalam nada marah) nampaknye ni dah masuk 15 kali aku terbeli ayam
jantan mude yang GAYY!!!
ayam jantan tue :(dalam hati) hehehehe berjaya lagi taktik aku

LAGI KES DERA - Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat s ayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku h ayu n penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk! KWANG3X.. TEKUM BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA

X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....