Assalamualaikum....

Tahniah kerana berjaya jugak korang menjejaki kat blog aku yg x seberapa nie.. Aku Buat blog nie khas untuk sesape yg rase bosan dan tension, so korang bleh la belek2 citer2 lawak yang aku post kat blog nie.. Citer kat dalam nie bkan aku yg karang atau buat, kebnyakkanya aku jumpa kat forum2 dan website2.. Just nak share ngan korang je.....

P/S: Bahan-bahan yang terkandung dalam blog nie adalah semata-mata hanya untuk hiburan sahaja.. tidak berniat untuk menyingung mana-mana pihak...


Friday, September 3, 2010

Tambah cawangan


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.


Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah


Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.


Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”


Suami : Berkenaan apa tu?


Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”


Suami : Contohnya?



Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?



Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural



Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang



Suami : Macam mana pula boleh sama?



Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan?



Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…

No comments:

Post a Comment